PERMOHONAN BAHARU
Seksyen 8
Bantuan menyediakan permohonan baharu dan Borang A berdasarkan maklumat serta dokumen pelanggan.
NORRHISSSHOP TRADINGSemakan awalNST MyLAND ASSISTANCE
Bantuan pentadbiran dan teknikal untuk menyediakan dokumen, borang, cetakan, PDF, muat naik dan penghantaran permohonan MyLAND.
BANTUAN YANG MUDAH DIFAHAMI
NST membantu pelanggan yang kurang biasa dengan sistem dalam talian, tidak pasti cara menyusun dokumen atau memerlukan bantuan menyiapkan fail permohonan dengan lebih teratur.
JENIS PERMOHONAN
PERMOHONAN BAHARU
Bantuan menyediakan permohonan baharu dan Borang A berdasarkan maklumat serta dokumen pelanggan.
PERMOHONAN BERIKUTNYA
Bantuan menyediakan Borang P dan dokumen sokongan berkaitan perintah terdahulu seperti Borang E, F atau T.
PERLU BANTUAN TAMBAHAN
Untuk dokumen belum lengkap, banyak aset atau waris, kerja susulan dan bantuan runner. Sebut harga diberi selepas semakan.
SEBELUM HUBUNGI KAMI
Dokumen sebenar bergantung pada jenis kes. Kami akan membantu membuat semakan awal.
Minta checklist lengkap ↗CARA KAMI MEMBANTU
Kami kenal pasti jenis permohonan, dokumen tersedia dan tahap bantuan yang diperlukan.
Maklumat dan dokumen disusun; borang disediakan berdasarkan bahan pelanggan.
Borang dicetak untuk semakan, tandatangan dan pengesahan pihak berkaitan.
Fail diimbas, dimuat naik dan dihantar. Bukti serta nombor rujukan direkodkan.
CARIAN RASMI TANAH
NST boleh membantu menguruskan carian rasmi tanah. Pecahan kos akan dimaklumkan dan deposit perlu dibayar sebelum urusan dimulakan.
NST MyLAND menyediakan bantuan pentadbiran dan teknikal sahaja. NST bukan firma guaman, tidak memberikan nasihat undang-undang, tidak menentukan hak waris dan tidak menjamin kelulusan atau tempoh penyelesaian. Keputusan akhir tertakluk kepada pejabat atau agensi yang memproses permohonan.
HANGPA TENANG JAAA...
Hantar pertanyaan ringkas melalui WhatsApp untuk semakan awal kes dan dokumen.